Friday, April 8, 2011

KENAKALAN ANAK2 KU...



rindu kalau lama xjumpa anak2 ku ni..degil,nakal,mcm2 la perangai budak2 ni..kadang2 naik geram di wt nyer..nasib baik la mak teh dia ni sabar..heheheee..sabar ke???
ada 3 yg latest xde dlm pic ni.6 bulan,4 bulan & 6 hari..harap anak2 mak teh ni sihat2 sampai akhir hayat.. AMIN
Thursday, April 7, 2011

Muhasabah - KepadaNya kita akan kembali

INNA lillahi wa inna ilaihi rajiun. Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali.
Renungkan....perjalanan sehari-hari,berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk mengingati Allah,meghadap serta memohon rahmat dan ampunanNya. Tentu masanya jauh lebih singkat daripada masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan permasalahan hidup sehari-hari.
Cermin kembali diri sendiri...berapa banyak amal yang telah disumbangkan untuk Islam.Berapa banyak masa yang diluangkan untuk ber'taqarrub' dengan Allah.Terasa diri ini begitu kerdil dibandingkan dengan iman di hati dengan iman para sahabat...betapa nikmatnya iman dan manisnya amal...tidak berganjak sedikitpun daripada solat,meskipun tombak terpacak di bahu belakang.MasyaAllah,iman apakah yang mereka miliki ini???..berlinangan air mata menahan sayu apabila membaca Al-Quran.Tapi kita?
Pernahkah basah sepasang mata kita ini sewaktu mengalunkan kalimah suci milik Allah?Seringkah kita merintih ketika berbual denganNya di dalam solat?
Kerapkali,solat kita dinodai dengan angan-angan,tentang hal-hal keduniaan.Tanpa kita sedar,solat kita selesai...langsung tiada kesan yang ditinggalkan dalam diri.Seringkali terlupa bilangan rakaat yang telah dikerjakan,acapkali juga tertinggal tahiyyat awal.
Lantaran itu lahirlah ungkapan,"Jika ingin mencari barang yang hilang,maka carilah di dalam solat.Nescaya anda akan menemuinya." Begitulah perumpamaan yang dibuat oleh mereka yang lalai dalam solat,di mana ketika solatlah fikirannya menerawang,mencari barang yang hilang.Ditambah pula dengan bisikan syaitan dan hasutan nafsu.Iman yang setipis kulit bawang langsung menjadi rapuh seperti musnahnya sarang labah-labah ditiup sang angin.Lantas,bagaimana cara memperbaiki diri yang selama ini diselimuti dosa ini?
a) Rajinkanlah diri untuk bertadabbur ketika membaca Al-Quran.Moga ianya menjadi penawar buat hati yang sakit.
b) Gagahkanlah diri untuk pergi kemajlis-majlis ilmu,kerana ia umpama taman syurga Allah.Moga hadirnya kita di majlis sebegitu dapat menambahkan redha Allah pada kita.
c) Usahakanlah agar kusyu' dapat dirasai ketika menghadap Allah...biarpun seminit mahupun sesaat.Ingatlah bahawa maut datang menjemput tanpa mengira waktu.Siapa tahu,mungkin itulah solat kita yang terakhir buat kita.
d) Kuatkanlah diri untuk bangun malam bermunajat pada Allah.Pohonlah dariNya apa sahaja kerana sesungguhnya waktu sepertiga malam yang terakhir,Allah akan mendengar permohonan hambaNya.Ketika itu,tiada hijab antara hamba dan pencipta.
e) Lembutkanlah hati untuk menangis,walaupun hanya setitis air mata yang sekecil mata lalat.Sesungguhnya,setitis air mata yang gugur kerana takutkanNya,ataupun kerana menyedari kekerdilan diri,mampu memadamkan api neraka yang membakar.
F) Wahai diri,iringilah sejarah para rasul dan sahabat.Contohilah segala kebaikan dana kebajikan yang mereka tunjukkan.Semoga kita digolongkan bersama mereka di akhirat kelak.

P/S: Dari Majalah Hidayah 2006. Berkongsi tuk renungan bersama.Aku pun bukan baik sangat tapi tabiat suka membaca wat hati ingin berkongsi ilmu walau pun secebis cuma.

SALAM PERKENALAN

AS SALAM...

salam perkenalan pada yang melayari blog ni...my name is AZA. sesape yang ada kata2 yang best leh la syer tuk kita sama2 renung2kan & selamat beramal...

WASSALAM...
 

Blog Template by YummyLolly.com